NAK MARAH KE, NAK PUJUK BUDAK2 NIE??
Memang memeningkan kepala budak-budak sekarang nie?? Ada yang diculik, tapi ada juga yang dengan sengaja diculik.. pelik tapi benar.. tetapi mesti ada sebab dan musababnya.. apapun, jom baca kisahnya..
KES 1: NORNABILA MAT DAUD
Dilaporkan hilang, rupa-rupanya ikut kekasih ke Kuantan
KUANTAN 22 Mac - Seorang pelajar berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang
selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit, di Jerantut, di sini
Isnin lepas, ditemui bersama teman lelakinya di Kuantan.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Supritendan Azid Ismail berkata, pelajar
terbabit, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai mengikut teman lelakinya ke
Kuantan, ditemui keluarganya pada pukul 10 malam tadi.
Azid berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit pernah melarikan
diri dari rumah sebelum ini bersama teman lelakinya yang berusia 20-an dan telah
berkahwin itu.
KES 1: SITI NUR FATIHAH
Mengaku tidak diculik
KUANTAN 21 Mac - Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan
diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku
kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.
Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri
untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami
tekanan emosi.
No comments:
Post a Comment