Paderi Sebastian |
PULAU PINANG: Selain masyarakat Islam seluruh dunia menentang filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhamad saw hasil arahan Sam Basile yang memulakan tayangan pada 2 Julai lalu melalui Yuotube beberapa orang paderi Kristian yang ditemui di Pulau Pinang juga kesal dan marah terhadap isu berkenaan.
Bagi mereka agama yang
dijadikan Tuhan bukan untuk bermusuh sebaliknya mengenali sesama sendiri kerana
masing- masing agama mempunyai kelebihan tersendiri yang mencorak umatnya
melakukan kebaikan dan menghormati antara satu sama lain.
Bishop Sebastian Francis
yang ditemui di Cathedral Of The Holy Sprit, Glugor menambah, cara yang dibuat oleh pengarah dan penerbt
filem itu sebenarnya bukan cara atau budaya orang Kristian sebaliknya
dipengaruhi oleh anasir yang kurang sopan.
"Kami dari Kristian
cukup kecewa dan tidak sekali-kali bersetuju dengan filem yang nyata tidak
bermoral. Padahal agama yang dijadikan
oleh Tuhan semuanya membawa kepada kebaikan bukan mencari pergaduhan,"
tegasnya yang telah 35 tahun bertugas sebagai Bishop dibeberapa buah negeri.
Father Bernerd |
Sementara itu seorang lagi
Paderi, Father Bernerd Paul pula kesal terhadap pengarah dan penerbit yang
mengeluarkan filem berbentuk penghinaan terhadap agama Islam.
Pihak yang bertanggungjawab
juga sewajarnya, bertimbang rasa dan tahu apakah risikonya menayangkan filem
yang bermatlamat menghina Islam yang menjadi agama pilihan ramai penduduk
dunia.
"Pengarah filem
Innocence Of Muslims atau penerbitnya
hendaklah menghormati sentiviti Umat Islam dengan memohon maaf kerana
mengeluarkan filem tersebut. Inilah cara
untuk meredakan kemarahan Umat Islam terhadap mereka, " jelasnya.
Perkembangan terbaru,
setelah diasak oleh ramai masyarakat Islam seorang aktres wanita yang
membintangi filem tersebut, Cindy Lee Garcia menyaman penerbit filem itu,
Nakoula Basseley Nakoula kerana tertipu dengan skrip yang bertujuan menghina
Nabi Muhamad s.a.w.
Beliau juga mengesa Google
mengeluarkan segera klip video yang mengundang kemarahan Umat Islam seluruh
dunia dari dalam talian sebabtidak menyedari skripnya mengandungi unsur anti
Islam. -Harakahdaily