KEHILANGAN NURUL NADIRAH vs FACEBOOK
Harga sebuah kelekaan melampau kepada Facebook
Kes terbaru kelalaian seorang ibu dengan Facebook membiarkan anak 5 tahun pergi ke kedai sendirian membeli makanan kerana kelaparan membawa padah apabila si kecil yang bernama Nur Nadirah Abdullah dilaporkan hilang.
Petikan daripada Harian Metro, “Saya akui leka melayari Facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar  membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata  Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri  Alam di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah  Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu  ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan.  Katanya,  Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. “Saya  memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’  sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran. “Selepas itu, saya melayari fb  menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. “Bagaimanapun, saya  tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas  menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami”.