KUALA
LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau semua perkembangan
serta desakan pelbagai dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible, kata
menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau
berkata KDN akan menilai sama ada isu itu berkemungkinan menjejaskan kestabilan
ketenteraman awam di negara ini.
"Kalau
sesuatu isu sama ada berkisar kepada politik, agama dan perkauman, yang paling
asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman
awam. Itu baru tugas dan tanggungjawab KDN," katanya kepada pemberita
selepas Program Rondaan Bermotosikal kawasan Ampang di sini hari ini.
Dua hari
lalu Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) mendesak agar pencetakan Bible
versi bahasa Melayu dihentikan.
Pembela
turut meminta semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang
mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu. – Bernama/Sinar Harian