MCA mahu
pekerja sektor swasta diberi pilihan mengeluarkan simpanan mereka dalam
Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) apabila mencapai usia 55 tahun sekiranya
usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun, kata presidennya Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek.
Beliau berkata,
ini kerana ada pekerja memerlukan wang simpanan mereka untuk memenuhi keperluan
mendesak seperti membiayai pendidikan anak dan penjagaan kesihatan ibu bapa,
manakala ada pula yang berpendapat mereka wajar dibenar membuat pilihan
mengenai masa untuk mengeluarkan simpanan masing-masing.
“KWSP perlu
melihat undang-undangnya yang sedia ada, tapi sebagai parti politik, pendirian
kami ialah mereka (pekerja) perlu diberi pilihan mengeluarkannya pada usia 55
tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
Pusat MCA di ibunegara semalam.
Dr Chua
berkata MCA menyokong umur persaraan ditetapkan pada 60 tahun, tetapi
pelaksanaannya mestilah tidak menjejaskan golongan muda yang memasuki pasaran
kerja.
“Undang-undang
Malaysia perlu disemak semula agar lebih fleksibel. Selepas berumur 55 tahun,
peluang patut diberi sama ada hendak menyambung atau sebaliknya,” katanya.
Beliau juga
berkata MCA tidak mahu Kementerian Sumber Manusia mewujudkan sebarang bentuk
inisiatif baru kerana pelaksanaan gaji minimum dan umur persaraan minimum baru perlu
ditangani terlebih dahulu.
“Kami
menentang inisiatif seperti skim pencen sepanjang hayat untuk pekerja sektor
swasta dan skim insurans pengangguran. Kami berpendapat ini tidak perlu
dilaksnakaan sekarang kerana pelaksanaan gaji minimum dan umur persaraan
minimum perlu dipantau dulu,” katanya.
- Bernama /
http://www.mca.org.my
KD: Sepatutnya
dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun manakala
pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5
tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar
penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ia lebih relevan.