JOHOR
BAHARU: Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semalam jelas
membuktikan kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
bahawa Melayu tidak mempunyai tempat dalam parti itu adalah benar.
Anggota
Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun calon Melayu yang
bertanding dalam pemilihan itu bukan calang-calang orang, namun mereka tetap
tewas kerana parti tersebut mengamalkan perkauman.
"Mereka
yang bertanding bukan calang-calang orang seperti Senator Ariffin SM Omar, yang
merupakan seorang tokoh akademik dan merupakan seorang profesor.
"Saya tahu beliau tidak terpilih kerana beliau bangsa Melayu, dan orang DAP tidak pandang pun kelulusan dia. Kalau sekiranya ahli biasa DAP yang mengundi, saya tidak risau, tetapi yang mengundi ini ialah perwakilan yang merupakan pemimpin akar umbi," katanya kepada Bernama pada Ahad.
"Saya tahu beliau tidak terpilih kerana beliau bangsa Melayu, dan orang DAP tidak pandang pun kelulusan dia. Kalau sekiranya ahli biasa DAP yang mengundi, saya tidak risau, tetapi yang mengundi ini ialah perwakilan yang merupakan pemimpin akar umbi," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Beliau
berkata mereka bukan sahaja tidak menang malah semua lapan calon Melayu juga
mendapat undi yang amat sedikit, membuktikan dengan jelas Melayu memang tidak
mempunyai tempat dalam parti cauvinisme itu.
Sehubungan
itu, Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, meminta orang Melayu termasuk
PAS membuka mata melihat perkara ini, dan tidak hanya bersikap tidak endah
dengan apa yang berlaku.
"DAP
memang tidak boleh dipercayai, bagaimana nak bekerjasama kalau seorang pemimpin
Melayu pun tidak diberikan tempat di dalam parti itu, apatah lagi nanti jika
mereka berjaya memegang tampuk pemerintahan negara," katanya.
Beliau
berkata tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggunakan platform kongres
itu bagi meminta secara terbuka tambahan 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13
juga jelas menunjukkan tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang berhubung
soal pembahagian kerusi.
"Masalah
itu tidak selesai (pembahagian kerusi)... sebab itu, Guang Eng terpaksa bawa
hal itu dalam ucapan perasmiannya, yang saya sifatkan sebagai satu ugutan.
"Saya beranggapan tindakan itu membuktikan DAP tamak, tidak percaya kepada
rakan kongsinya yang lain, dan sebab itu, dia (Guan Eng) guna platform ucapan
dasar mengkritik PAS termasuk isu gender dalam pentadbiran PAS di Kelantan,"
katanya.
Puad
berkata DAP juga seolah-olah memperlekeh PKR dan PAS serta memberi isyarat
bahawa dua parti itu tidak mampu memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum
nanti, kerana itu, ia wajar diberi kepada DAP. -BERNAMA/mStar