BLACK505: AGENDA PLURALISME AGAMA DI SEBALIK PERHIMPUNAN HARAM
KUALA LUMPUR -
Perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di sini esok didakwa mempunyai
agenda tersembunyi pihak asing yang ingin mengembangkan fahaman pluralisme
agama di negara ini.
Ketua
Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya berkata, kegagalan pakatan pembangkang
menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu
turut mengakibatkan fahaman pluralisme agama sukar disebarkan secara meluas
khususnya dalam kalangan umat Islam.
"Umat
Islam diminta jangan menghadiri perhimpunan haram esok sebab perbuatan itu
seperti memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan agenda pluralisme
agama.
"Kita
perlu ingat UMNO sememangnya konsisten tidak membenarkan kalimah Allah
digunakan oleh bukan Islam tetapi Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
berpendirian sebaliknya
''UMNO sebagai
tunjang belakang Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dalam mempertahankan
kesucian agama Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Harun mengulas
kedegilan pihak pembangkang untuk meneruskan penganjuran perhimpunan haram di
Padang Merbok di sini esok walaupun tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Beliau turut
mengecam Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kerana mengeluarkan kenyataan
kononnya peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram itu sebagai
mati syahid.
Tegasnya,
hanya orang Islam yang terkorban dalam perjuangan mempertahankan ketauhidan
Allah SWT dan kesucian agama layak dianggap mati syahid.
"Bagaimana
boleh mati syahid sedangkan Pas bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan
Islam," ujarnya.
Sementara itu,
Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya
memberitahu, perhimpunan haram tersebut hanya bertujuan memenuhi kehendak
politik pihak tertentu.
Jelas beliau,
keangkuhan pakatan pembangkang menolak kemenangan BN pada PRU-13 telah
menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat khususnya sesama umat Islam.
"Terimalah
apa sahaja yang diputuskan oleh rakyat dan jika tidak berpuas hati, tunggu
sahaja keputusan mahkamah terhadap petisyen yang dibuat," katanya.
Aminuddin
turut menyatakan kebimbangannya tentang campur tangan pihak asing yang didakwa
membantu dari segi kewangan bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut.– Utusan
Online
KD: Jika benar ada campur tangan pihak asing, ini bermaksud negara ini dalam bahaya..