PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK SEPAKAT BERI REAKSI TITAH SERI PADUKA
KUALA LUMPUR -
Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak sependapat ketika memberikan reaksi
berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dalam
majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan
Rakyat hari ini.
Dakwa Guan Eng
yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, titah Seri Paduka sebenarnya telah
disediakan oleh BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak
kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.
"Titah
Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak 'mengheret' Seri
Paduka dalam perkara ini?.
"BN harus
sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah
menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.
"Kamu
(media arus perdana) terima hakikat ini dahulu, kemudian baharu dapatkan komen
kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.
Pada 6 Mei
lalu, DAP khususnya Guan Eng terus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
adalah 'yang paling kotor' dalam sejarah negara dan mereka seharusnya layak
membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.
Ahli Parlimen
Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberikan reaksi
berbeza apabila menyifatkan titah Seri Paduka itu perlu diterima semua Ahli
Parlimen dan mereka harus bekerjasama dalam membangunkan negara.
Timbalan Ketua
Pemuda Pas Pusat itu turut berharap agar masing-masing dapat menerima keputusan
Pilihan Raya Umum Ke-13, sekali gus memainkan peranan sebenar sebagai wakil
rakyat.
"Semua
pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di
pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari
dengan agenda perjuangan.