KOTA BHARU: Ketika umat Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman rejim Israel dan mendoakan keamanan serta keselamatan rakyat Palestin, PAS mengadakan solat hajat dan berdoa supaya UMNO dihancurkan.
Solat hajat
di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam kelmarin diimamkan adik Mursyidul
Am PAS, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pembangkang
berkenaan.
Antara
kandungan doa yang dipimpin oleh Nik Razi ialah meminta UMNO dan Barisan
Nasional (BN)
dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan
bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.
Doa juga
memohon supaya pembangkang mendapat jalan mudah ke Putrajaya pada pilihan raya
umum akan datang.
Bagaimanapun,
tindakan itu dikritik pelbagai pihak yang disifatkan tidak wajar, termasuk
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr
Mohd Asri Zainul Abidin.
Mereka
berpendapat ia jelas bertentangan dengan nilai murni dan ajaran Islam.
Harussani
berkata, perbuatan memohon doa keburukan kepada orang Islam lain ditegah oleh
agama.
Beliau
berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya dihapuskan musuh agama dan bukan
meminta supaya dihancurkan sesama Islam.
Perbuatan
itu tidak bagus kerana ahli UMNO adalah Islam. Sepatutnya kita mendoakan yang
baik untuk sesama Islam, katanya.
Dr Mohd
Asri pula berkata, umat Islam sepatutnya berdoa supaya menghancurkan orang yang
zalim tanpa mengira parti.
Janganlah
berdoa menghancurkan UMNO kerana mereka juga umat Islam. Mungkin mereka ada
kesilapan tetapi ahli PAS juga ada melakukan kesilapan, katanya.
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad
berkata berdoa untuk menjahanamkan sesama Islam tidak dibenarkan.
Kita semua
ada kekurangan masing-masing tetapi tindakan PAS itu agak keterlaluan. Parti
itu sering melaungkan perpaduan ummah tetapi pada masa sama mereka yang
sebenarnya menghancurkannya, katanya. -BHarian