Isu ini menjadi isu hangat hari ini. Pelbagai pihak memberi reaksi masing-masing. Begitu juga mangsa keadaan,
Berikut merupakan petikan kenyataan
mereka:
Bekas suami, Yahya Ibrahim:
“Saya ceraikan dia bukan kerana
politk, tapi dia sesat! Ia bukan setakat solat 5 waktu tetapi banyak aspek yang
menyesatkan. Beliau (bekas isteri) tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi
Muhammad SAW dan seperti yang dikehendaki Allah.“
Bekas isteri, Che
Hasnah Che Ahmad :
“Semua ajaran Islam saya lakukan
kecuali sertai Pas.” Malah, selama hidup bersama 14 tahun, bekas suami tidak
langsung menegur amalan agamanya.
MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat :
“Perkara ini mendukacitakan. Politik
sepatutnya dijadikan asas untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.” Walau
bagaimanapun, beliau perkara itu bukan baru di Kelantan memandangkan ada
sesetengah pihak sanggup menyalahgunakan politik dalam kerajaan.
Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Kesihatan, Wan Ubaidah Omar:
Beliau yakin masih ada beberapa alasan lain termasuk
mereka tidak serasi hidup bersama.
Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat:
“Institusi kekeluargaan adalah suci
dan tidak seharusnya dicemari isu politik sehingga mendorong kepada perceraian.
Ini jelas berpunca daripada sikap pembangkang yang mengotori minda masyarakat.
Sehubungan itu, kita akan berusaha menyatukan mereka semula dan tidak menjadi
ikutan sebaliknya menjadi iktibar.”
Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman:
Sekiranya perceraian ini
membabitkan perbezaan politik, pihaknya berusaha mendamaikan kedua-dua pihak. Pihaknya
akan membuat penyiasatan kes perceraian itu sama ada melibatkan isu politik
atau sebaliknya.
KD: Jika semalam KD marah benar dengan berita ini tetapi hari ini KD sudah berasa sedikit tenang. Selepas membaca beberapa kenyataan dan maklum balas dari beberapa pihak, KD berpendapat isu sebegini terlau sensitif untuk diperkatakan. Tambahan pula, apabila ia mengaitkan hubungan perkahwinan, ia pastinya ada sesuatu di luar pengetahuan dan jangkaan kita. Kini, terserahlah kepada tuan empunya badan untuk berbincang dan mengambil keputusan yang terbaik. Mohonlah petunjuk dari Yang Esa. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.