FACEBOOK CALVIN HINA NABI MUHAMMAD
KUALA
LUMPUR - Seorang lagi pengguna laman sosial Facebook dikesan menghina Islam
selain membuat penghinaan melampau terhadap junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Catatan menghina Nabi Muhammad yang dibuat oleh Programmer Calvin Gani di Facebook |
Perbuatan
biadab oleh pengguna Facebook berkenaan yang menggunakan nama Programmer Calvin Gani didedahkan sebuah
blog di dalam satu entrinya bertarikh 5 Jun lalu.
Blog Just Read ketika mendedahkan Facebook
berkenaan hanya menulis Another one! See
for yourself!
Sementara
itu, pengikut-pengikut blog berkenaan mengecam serta mengutuk keras tindakan
individu terbabit ekoran penghinaan melampau dilakukan terhadap Islam dan
Rasulullah SAW.
Antaranya,
seorang pengikut yang menamakan dirinya sebagai Dayak Laut berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes
terhadap beliau. Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke
penjara!"
Alam Maya pula berkata: "Kenapakah
makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina
di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai
kaum dan agama?
"Tidakkah
mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan
tindakan undang-undang?
Dalam pada
itu, pengikut blog Just Read yang
dikenali sebagai Panas Baran
menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih
selamat di dalam daripada di luar ini."
Pendapat
sama dinyatakan oleh Penangan: "Inilah pelampau namanya. Tindakan tegas
perlu diambil ke atas orang ini.
"Dalam
kita menganjurkan perpaduan sesama pelbagai kaum dan agama, masih ramai yang
begini. Biarlah dikenakan tindakan tegas sebagai panduan kepada yang
lain."
Seorang
lagi pengikut dengan tegas mahu Kementerian Dalam Negeri bertindak menangkap
individu yang melakukan penghinaan tersebut. -Utusan Online