BOIKOT PARLIMEN HANYA RUGIKAN RAKYAT
SHAH ALAM – Hasrat pembangkang terutamanya PKR mahu memboikot sidang Parlimen akan datang hanyalah untuk menunjukkan konsistensi mereka terhadap protes keputusan PRU13 lalu.
SHAH ALAM – Hasrat pembangkang terutamanya PKR mahu memboikot sidang Parlimen akan datang hanyalah untuk menunjukkan konsistensi mereka terhadap protes keputusan PRU13 lalu.
Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, sikap itu merugikan pembangkang kerana telah memungkiri janji mereka kepada pengundi.
Katanya,
rakyat menaruh harapan kepada mereka sebagai wakil di Parlimen tetapi malangnya
tidak disempurnakan dengan penuh tanggungjawab.
“Sidang
Parlimen adalah untuk menggubal undang-undang atau memperhalusi apa jua dasar
dan masalah negara.
“Apa jua
isu tanpa penglibatan sepenuhnya daripada ahli-ahli parlimen atau pemerintah,
maka rang undang-undang mungkin tidak lengkap dan komprehensif,” katanya kepada
Sinar Harian, semalam.
Oleh yang
demikian, katanya, wakil rakyat yang memulaukan Dewan Rakyat ini jangan pula
mempersoalkan satu-satu dasar yang diluluskan oleh Parlimen kelak kerana tidak
memuaskan hati mereka.
Sementara
itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor
Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod turut mempunyai pandangan yang
sama.
Katanya,
tindakan pembangkang yang terus memprotes keputusan PRU13 yang didakwa berlaku
penipuan hanyalah mahu mendapat simpati rakyat, tetapi persoalannya sampai bila
mereka akan berterusan berbuat begitu.
“Mereka
seharusnya memikirkan harapan pengundi,” katanya yang menyifatkan tindakan
memboikot itu tidak wajar sama sekali.
Mengulas
tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan turut memboikot majlis angkat sumpah sebagai
ahli parlimen, Ahmad Kamal berkata, jika gagal berbuat demikian, mereka tidak
dapat mewakili rakyat di Parlimen.
“Melalui
pilihan raya lalu, mereka mewakili rakyat di kawasan di menangi, tetapi untuk
menjadi wakil rakyat di Parlimen, mereka perlu melaksanakan proses akad
sumpah,” katanya.– Sinar Harian
No comments:
Post a Comment