KOTA
KINABALU - Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berpendapat,
jawatan presiden dan timbalan presiden Umno sewajarnya tidak dipertandingkan
pada pemilihan parti tahun ini.
Abdul
Rahim Bakri
|
Beliau
berkata, justifikasinya adalah demi memelihara keutuhan perpaduan di kalangan
anggota Umno, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN).
Katanya,
kejayaan kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan
kerajaan BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan kemenangan selesa
mengikut standard semasa iaitu 133 daripada 222 kerusi Parlimen merupakan
petanda bahawa kepimpinannya dan timbalan presiden parti masih mantap dan
mendapat kepercayaan rakyat.
"Ini
mengambil kira suasana politik baharu dunia yang semakin sengit berikutan
terjahan globalisasi dan ledakan komunikasi dan informasi yang telah turut
mengubah landskap politik di setiap kerajaan dan negara di dunia, katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahim
yang juga anggota Parlimen Kudat berkata, negara yang mengamalkan sistem
demokrasi "westminster" yang serupa dengan sistem demokrasi Malaysia
seperti Britain dan Australia turut berhadapan dengan suasana sengit sehingga
mewujudkan "hung" parlimen.
"Kesimpulannya,
pertandingan terbuka jawatan utama Umno sudah tentu akan mewujudkan "kem
kem" dan berdasarkan pengalaman lampau ia dikhuatiri akan mengheret
perbalahan politik dalaman dan permainan politik berterusan yang sudah pasti
akan melemahkan parti," katanya.
Abdul Rahim
berkata suasana sebegitu harus dielakkan, sebaliknya keutamaan sewajar harus
diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan anggota parti untuk membolehkan Umno
dan BN mampu menghadapi PRU14 yang akan datang dengan lebih mantap. – Bernama/Sinar
Harian
No comments:
Post a Comment