SHAH ALAM:
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berhasrat untuk memboikot
sesi pembukaan Parlimen ke-13 sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan
raya umum, 5 Mei lalu dan enggan menghantar soalan Parlimen.
Tarikh
akhir bagi ahli Parlimen mengemukakan soalan untuk jawapan kementerian pada
sesi yang bermula 24 Jun ini berakhir pada Rabu.
Tindakan
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menghantar sebarang soalan bakal
mengundang kritikan ahli-ahli Parlimen kerajaan.
"Politik
adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari
oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk
memboikot sesi pembukaan," kata Anwar.
Anwar
mungkin dicadangkan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen oleh partinya PKR, namun
jawatan berkenaan turut diintai oleh DAP.
Jawatan
ketua pembangkang secara tradisi disandang oleh wakil parti yang menang paling
banyak kerusi pada pilihan raya umum. –AntaraPos.com
No comments:
Post a Comment