DAP MAHU KUASAI POLITIK MALAYSIA - DR MAHATHIR
SHAH ALAM -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa parti DAP bukan
hanya mahu menguasai ekonomi negara semata-mata tetapi juga politik Malaysia.
Dipetik
daripada blog CheDet, Dr Mahathir berkata, ia dapat dilihat berdasarkan kepada
kebangkitan kaum itu menerusi siri himpunan anjuran pembangkang selepas PRU13
lalu.
Menurut Dr
Mahathir lagi, PR yang terdiri daripada gabungan Pas, PKR dan DAP menyaksikan
Pas antara parti yang paling banyak tewas, manakala DAP merupakan pemenang
paling besar dengan kejayaan memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum
seperti ditunjukkan dalam gabungan BN.
“Pakatan ini
jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala
Pas, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling
sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari
PKR.
“Sedangkan,
jumlah kerusi yang ditandingi Pas paling banyak, ini menunjukkan bahawa DAP
berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang “sudah pun menguasai ekonomi”
untuk turut menguasai politik Malaysia," katanya.
Pada masa
sama, Dr Mahathir juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan
polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih
daripada segi ekonomi dan politik.
“Di dalam dan
di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk
sebahagian besar daripada peserta demonstrasi.
“Walaupun ia
dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti PKR, sebahagian besarnya
dihadiri kaum Cina terutama golongan muda. Biasanya, orang Melayu yang menjadi
majoriti peserta demonstrasi. Protes itu
seolah-olah dilakukan oleh kaum Cina,” ujarnya.
Menurutnya,
jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan
“keterasingan” pemimpin Pas dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya
sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara “Arab Spring”. -Sinar Harian
No comments:
Post a Comment