KUALA
LUMPUR: Kenyataan MCA berhubung isu hudud bukan bermaksud komponen Barisan
Nasional (BN) itu menolak pelaksanaan undang-undang Islam.
Sebaliknya
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kenyataan MCA itu
sekadar untuk memberi peringatan kepada masyarakat Cina agar tidak menyertai
DAP.
"Mereka
berkata begitu bertujuan untuk menakutkan masyarakat Cina bukan orang Melayu
atau Islam agar tidak menyertai DAP.
"Sejak
dulu MCA tidak pernah membantah Malaysia sebagai negara Islam dan mengamalkan
ajaran Islam," katakan pada sidang media selepas majlis dialog di
Universiti Malaya, di sini, Selasa.
Dr Mahathir
mengulas ketika ditanya tentang kenyataan dan pandangan MCA pada mesyuarat
agung tahunan (AGM) pada Sabtu lalu.
Tambah
beliau, isu hudud tidak seharusnya dijadikan bahan politik bagi meraih sokongan
bukan untuk kepentingan Islam.
"Isu
ini tidak boleh dijadikan satu bahan kepentingan politik bukan untuk Islam,
jika PAS mahu melaksanakannya ia perlu adil kepada semua masyarakat.
"
Mereka konon berpegang kuat kepada agama Islam, siapa yang menolak hudud pula
tidak pegang kuat kepada Islam," katanya. -mStar
KD: Rasanya penjelasan dari Tun M ini tidak akan memuaskan hati pihak yang berkenaan terutama rakyat yang menyokong pelaksaaan hukum hudud. Sebaliknya, pihak MCA sendiri perlu membuat penjelasan yang telus lagi terang.
KD: Rasanya penjelasan dari Tun M ini tidak akan memuaskan hati pihak yang berkenaan terutama rakyat yang menyokong pelaksaaan hukum hudud. Sebaliknya, pihak MCA sendiri perlu membuat penjelasan yang telus lagi terang.