GLOBAL TERRORISM INDEX LAPOR MALAYSIA ANTARA NEGARA AMAN DARIPADA ANCAMAN
MILITAN
KUALA LUMPUR: Global Terrorism Index
meletakkan Malaysia antara negara yang aman daripada ancaman militan iaitu di
tangga ke-90 daripada 158 negara di dunia.
Menurut Pengarah Petugas Khas
(Operasi dan Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Muhamad Fuzi Harun, laporan
yang dikeluarkan Institute for Economics and Peace dari Amerika Syarikat itu
berdasarkan kajian serangan pengganas seluruh dunia bagi tempoh 2002 hingga
2011.
Kejayaan negara berada sebaris dengan
negara yang kurang dari segi aktivitikeganasan adalah hasil kecekapan dan
ketangkasan pihak risikan polis sertakejayaan menumpaskan kegiatan pengganas di
negara ini, katanya ketika dihubungiBernama, di sini, Khamis.
"Kita kena ingat masalah
keganasan ini bukan masalah domestik sebaliknya masalah antarabangsa, jadi
inisiatif yang polis ambil selain memperkasakan unit risikan ialah kita
sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan polis antarabangsa (Interpol) dan polis
dari negara lain," katanya.
Beliau menambah kerjasama erat
bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan aktiviti militan di negara
ini dapat dikekang dengan baik.
"Kita sentiasa bekerjasama
dengan ATM terutamanya dalam bidang logistik, inipenting bagi kita untuk
membawa suspek yang disyaki menjadi anggota kumpulanmilitan dengan bantuan
logistik dari ATM," katanya.
Mohamad Fuzi berkata pemantauan dan
tindakan yang diambil secara berterusanmelalui maklumat yang diterima
menjadikan Malaysia mampu mengawal aktiviti militan di negara ini dengan
sempurna.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula memberi jaminan aktiviti militan mampu
dikekang di negara ini berdasarkan pemantauan dan risikan yang dilakukan oleh
tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata Malaysia tidak dapat
lari daripada menerima tempias kumpulanmilitan berdasarkan faktor kumpulan
pengganas menjadikan negara jiran sebagaitempat untuk merekrut anggota baharu.
"Namun di Malaysia, keadaannya
terkawal dan sentiasa dipantau," tegasnya.
Menurut laporan Global Terrorism
Index yang dikeluarkan pada Rabu, untuk tempoh 10 tahun sejak 2002, Malaysia
hanya mencatatkan enam insiden militan iaitu dari tahun 2008 sehingga 2010.
Laporan itu menyebut tiada aktiviti
militan di Malaysia pada 2011 dan pada 2002 sehingga 2007.
Pada 2010 tiga kes pengganas
dilaporkan berlaku di negara ini yang tidakmelibatkan kerosakan harta benda,
kecederaan dan kematian.
Pada tahun itu polis berjaya
menghalang cubaan meletupkan kuil di Batu Caves, Selangor dan kuil Kuan Yin di
Air Itam, Pulau Pinang serta menahan sembilan warga asing dan seorang warga
tempatan kerana terbabit dalam aktiviti pengganas antarabangsa di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri.
Pada 2009, hanya satu insiden
pengganas dilapor dan melibatkan satu kecederaan, manakala pada 2008 hanya dua
kes kegiatan pengganas dilapor, melibatkan kerosakan kepada harta benda tanpa
mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Laporan itu yang dikeluarkan untuk
menepis tanggapan silap dan membantu usaha menangani keganasan di peringkat
antarabangsa, mencatatkan kedudukan 158negara berdasarkan jumlah insiden
keganasan, jumlah kematian akibat keganasan,jumlah kecederaan akibat keganasan
dan anggaran kerosakan harta benda akibatkeganasan.
Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India
adalah antara negara yang paling terukmenerima kesan akibat keganasan dan
militan. BERNAMA/-mStar