Katanya
tindakan kerajaan Selangor mahu mencabut atau menutup kamera Sistem
Penguatkuasaan Automatik (AES) itu juga hanya untuk mencari publisiti murahan
dan memancing undi.
"Saya
katakan mereka kerajaan negeri yang sangat tidak bertanggungjawab, terutama
(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
Selangor) Ronnie Liu yang mendapat publisiti murahan setiap hari.
Kong
berkata jika benar mereka kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, mereka
sepatutnya mengambil berat terhadap mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan
raya.
Beliau
diminta mengulas kenyataan Liu yang dilapor mahu mencabut dua kamera AES minggu
ini iaitu yang dipasang di Km 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (NKVE) dan di
Km 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara.
Kong juga
membidas tindakan Liu yang mengeluarkan kenyataan berbeza setiap hari
semata-mata mahu mendapat liputan, khususnya menerusi media berbahasa Cina.
"Dulu
kata nak cabut AES, sekarang nak tutup pula. Buatlah keputusan," katanya.
- BERNAMA/BHarian
No comments:
Post a Comment