KUALA
TERENGGANU – Penduduk di bandar-bandar kecil wajar berwaspada kerana Gejala
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dipercayai mula menular ke
kawasan seperti itu.
Perkara itu
didedahkan oleh Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh pada satu seminar
Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini
hari ini.
“Kita cukup
bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula
dikesan merebak di bandar-bandar kecil.
“Lebih
membimbangkan apabila ia melibatkan semua kaum dan turut membabitkan golongan
terpelajar dan profesional,” dakwanya.
Kira-kira
2,000 orang menghadiri seminar itu melibatkan 292 Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK).
Dakwa
Hushim, situasi itu berlaku kerana golongan muda mempunyai ruang untuk
berkomunikasi dengan golongan LGBT melalui internet, facebook, twiter dan media
elektronik lain. - http://mynewshub.my
KD: Ini sudah tidak bagus... kenapa, mengapa budaya terpesong sebegini mudah benar menjadi ikutan??
KD: Ini sudah tidak bagus... kenapa, mengapa budaya terpesong sebegini mudah benar menjadi ikutan??