KUALA
LUMPUR 26 Nov. - Ahli Parlimen akan dilarang daripada mengeluarkan sebarang
kenyataan seksis semasa bersidang menerusi usul yang akan dibentang di Dewan
Rakyat esok.
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pindaan
itu akan dibahaskan dan setelah diluluskan, Malaysia bakal menjadi negara
pertama di dunia mempunyai peraturan sebegitu.
"Kita
akan menjadi satu-satunya negara mempunyai peraturan ini, Speaker mempunyai
kuasa untuk menentukan sama ada kata-kata seseorang Ahli Parlimen itu seksis
atau tidak," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Katanya,
perubahan itu merupakan pindaan kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4) sedia ada
yang menyebut: Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-Ahli Dewan menggunakan bahasa
kurang sopan (biadab).
Pindaan
yang akan diusulkan dalam peraturan mesyuarat esok pula akan berbunyi: Adalah
menjadi kesalahan bagi Ahli-Ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan
(biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.
Mohamed
Nazri menambah, peraturan itu terpakai kepada Ahli Parlimen lelaki dan wanita. –UtusanOnline
KD: Itulah yang sewajarnya..
No comments:
Post a Comment