KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan
Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) mahu media tempatan lebih berhati-hati
menyiarkan laporan mengenai pembantu rumah asing pada masa depan bagi mengelak
suasana 'panas' antara Malaysia dengan negara sumber.
Presiden PIKAP, Datuk Raja Zulkepley
Dahalan berkata ini berikutan beberapafakta mengelirukan berhubung dakwaan 105
pekerja asing dikurung di sebuah agensipekerjaan di Klang baru-baru ini yang
mencerminkan seolah-olah negara ini tidaklagi selamat untuk pekerja asing.
Beliau yang mengadakan sidang media di
sini hari ini bagi menjelaskan situasi sebenar berkata, PIKAP telah menubuhkan
satu pasukan petugas sehari selepas kejadian bagi menyiasat sendiri situasi
berkenaan.
"Kita telah pergi sendiri ke agensi
terbabit dan amat kesal ada laporan yangmenyatakan pekerja-pekerja asing ini
tidak dibayar gaji dan diberi makan kertas serta tidak diberikan makanan yang
cukup.
"Sebagai agensi yang berdaftar di
bawah PIKAP, kami berasa bertanggungjawab memberitahu keadaan sebenar kepada
masyarakat apa yang sebenarnya yang berlakudi agensi terbabit," katanya di
sini.
Raja Zulkepley berkata memang terdapat
kes pekerja tidak dibayar gaji tetapi ia hanya melibatkan dua kes pembantu
rumah Kemboja dan kes itu telahpun dibawa ke pihak kedutaan untuk diselesaikan
dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
"Agensi hanya bertindak sebagai
pengurus antara majikan dengan pekerja, dan gaji dibayar oleh majikan bukan
agensi.
"Siasatan juga mendapati tidak ada
pekerja yang dihantar bekerja sebagai tukang bersih seperti didakwa kerana
rata-rata mereka telah diberitahu akan bekerja sebagai pembantu rumah di sini
malah 82 daripadanya telah mempunyai majikan yang menunggu," katanya.
Beliau berkata, baki 80 pekerja lagi
rata-ratanya baru sampai tiga hingga seminggu lalu dan belum memulakan
pekerjaan kerana mereka sedang menunggu kelulusan JP Visa dari Imigresen dan
laporan kesihatan dari Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan pekerja Asing
(Fomema) selain latihan.
"Malahan JP Visa empat daripadanya
telah pun diluluskan,"katanya.
Berhubung laporan pekerja-pekerja tidak
diberi makan yang cukup, Raja Zulkepley berkata ia berlaku di rumah majikan
tempat mereka bekerja dan bukan di agensi berkenaan.
Katanya, melalui lawatan PIKAP ke agensi
berkenaan, terdapat banyak bekalan makanan disimpan sebagai membiayai keperluan
makan tiga kali sehari mengikut standard biasa agensi pekerjaan negara ini.
"Kita juga mendapati para pekerja
ditempatkan di bangunan berkeluasan 20x80kaki persegi dan diletakkan sama
bangunan dengan pejabat urusan pentadbiran selain terdapat akses untuk ke ruang
pejabat dan tidak ditinggalkan sendirian," katanya.
Mengenai adanya laporan pekerja dipaksa
memakan kertas surat khabar apabilacuba bersuara, Raja Zulkepley berkata hanya
seorang sahaja pekerja yang membuatpengakuan berkenaan tetapi ia sangat diragui
dan siasatan terperinci dan buktikukuh perlu diperoleh pihak terlibat.
Katanya, maklumat daripada sumber yang
boleh dipercayai mengesahkan laporanperubatan hospital kerajaan membuktikan
tidak ada kesan penderaan fizikal padatubuh badan mereka.
"Justeru dengan pendedahan ini, kita
minta media lebih beretika dalam melaporkan berita ini kerana laporan sebelum
ini menampakkan seolah-olah kesemua 105 pekerja terbabit tidak dibayar gaji,
didera dan tidak diberi makan yang cukup dan paling teruk diberi makan kertas,
satu tindakan yang amat tidak berperikemanusiaan," tegasnya.
Dalam pada itu, PIKAP tidak akan
melindungi mana-mana agensi pekerjaan atau anggota yang tidak bertanggungjawab
atau menjalankan aktiviti memperdagangorang dalam menguruskan penggajian
pekerja asing.
Isnin lalu beberapa media tempatan
melaporkan Jabatan Imigresen Selangormenyelamatkan 105 wanita warga asing dalam
Ops Khas 6P dalam satu serbuan di sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang
beroperasi di Bandar Baru Klang, disini.
Laporan tersebut menyebut mereka bukan
saja dikurung, malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak
dibayar gaji sejak enam bulan lalu. BERNAMA/mStar