PEMIMPIN MUDA PAS BIADAB HINA NABI MUHAMMAD
Kenyataan Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitternya
|
KUALA
LUMPUR - Tindakan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat bertindak biadab
membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi
laman Twitter baru-baru ini, memperlihatkan kecetekan ilmu agama pemimpin muda
berkenaan.
Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan pemimpin
itu yang merupakan ahli kepada parti yang kononnya berasaskan Islam tidak boleh
diterima sama sekali.
"Menjadikan
Nabi Muhammad sebagai contoh, apatah lagi contoh yang buruk, memperlihatkan
kecetekan ilmu agama pemimpin muda parti yang kononnya berasaskan Islam
itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau
mengulas tindakan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi
Mat Som menerusi akaun Twitter@fahmipkg yang menyebut: "Kalau Nabi
Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan
keluarkan...jahanam UMNO."
Kenyataan
di laman Twitter itu dikeluarkan Khairul Fahmi pukul 11.58 pagi Rabu lalu.
Ahmad Zahid
berkata, tuduhan buruk terhadap UMNO seperti yang dilakukan Khairul Fahmi itu
cukup melampau sehingga sanggup mengaitkan dengan Nabi Muhammad.
"Tetapi
jika ada pemimpin mereka yang melakukan keburukan, tetap mereka pertahankan
walaupun bersalah," katanya.
Beliau
berkata, sebagai seorang pemimpin tidak kira daripada parti mana sekalipun
sepatutnya menunjukkan sikap dan fikiran yang matang dalam berpolitik. – Utusan
Online