Ketika
kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih
diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu
pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan
dikesan melalui kamera.
Peranti
buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate"
tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik"
untuk perangkap kelajuan.
Ia
mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya
dengan hanya menekan satu butang.
Pengguna
harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap
kelajuan.
Kain hitam
akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti
versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond
'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an.
Alat ini,
yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari
satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.
Ia sedang
dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di
sekitar Lembah Klang.
Malah,
terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang.
Pemandu
juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang
dengan upah kira-kira RM30.The Star bertemu seorang ejen di Bandar Sri
Damansara yang mempunyai beberapa unit alat ini di dalam but keretanya.
Lelaki itu,
dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan
bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan.
"Pada
mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook
tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual
kira-kira 15 unit sehari," katanya.
Dia juga
menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti
di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan
Lebuhraya Karak.
"Jika
anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap
gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat
belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya.
Pegawai
Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata
menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan
1987.
"Pesalah
boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika
plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor
berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas.
"Jika
ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk
pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya. -mStar
KD: Inilah yang dinamakan 'business minded'..
KD: Inilah yang dinamakan 'business minded'..