SHAH ALAM -
Nasharudin Mat Isa berkata, menjadi hak parti jika mahu mengambil balik jawatan
lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Pas.
"Jawatan
(anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika
parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti," kata beliau yang
turut berkata tidak dimaklumkan secara rasmi lagi.
"Cuma
setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak
melalui saluran rasmi parti," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan
hari ini.
Semalam,
Sinar Harian Online membawa laporan pelucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis
Syura diputuskan pada mesyuarat 13 Januari lalu.
Nasharudin
yang juga bekas timbalan presiden berkata, berorganisasi hanya wadah tetapi
berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.
"Saya
akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin
mendaulatkan Islam," katanya.
Nasharudin
berkata, beliau menerima ratusan SMS, e-mel dan panggilan telefon susulan
laporan media semalam.
"Sehingga
di saat saya hantar SMS ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan
perlucutan jawatan tersebut.
"Walau
apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau
tidak," katanya.