HIMPUNAN TURUN ADA
KAITAN DENGAN PAS
PAS dan PKR mendakwa kononnya parti itu tidak
terbabit dalam pengajuran perhimpunan haram yang dirancang di ibu negara, 31
Disember ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu
menjelaskan, mereka akan menggunakan cara demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan
bukannya melalui perhimpunan guling kerajaan yang dirancang pihak tertentu di
Dataran Merdeka pada malam tahun baru ini.
Manakala, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata,
rancangan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di tempat dan masa sama juga
tiada kaitan dengan parti itu dan pakatan rakyat.
Cuma kata ahli Parlimen Pandan itu, tidak salah untuk rakyat
termasuk pemimpin pakatan berkenaan menyertai perhimpunan yang dirancang
terebut.
“Saya sokong… itu hak mereka dan ia perkara wajar,” katanya
dalam sidang media, Khamis.
Malah katanya, bukan suatu kesalahan juga untuknya dan
pemimpin pembangkang lain menyertai perhimpunan yang sama.
“Kalau ada masa, saya juga akan turut serta dan kami tidak
melihat perhimpunan berkenaan sebagai suatu program atau rancangan politik,”
katanya.
Seperti biasa, DAP hanya berdiam diri dan jarang menonjol
dalam apa juga perhimpunan sebelum ini termasuk siri himpunan Bersih.
Selalunya, pemimpin PAS dan PKR lebih kehadapan dalam
rancangan yang berselindung disebalik NGO tertentu.
Jika benar seperti kata Mat Sabu dan Rafizi, bahawa parti
itu dan pakatan pembangkang tidak terlibat ianya sesuatu yang bagus.
Elok juga mereka atau pakatan rakyat keluarkan kenyataan
bersama mengenai pendirian PAS, PKR dan DAP berhubung dua perhimpunan itu
termasuk yang menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.
Mat Sabu juga kena nafikan bahawa Azan Safar yang mengetuai
rancangan TURUN tiada kaitan dengan PAS.
Beliau kena jelaskan kenapa Azan yang sudah ditahan polis
sebelum ini kerap berada dalam majlis-majlis anjuran PAS.
Bnbbc.my pada Khamis sudah menyiarkan gambar Azan bersama
pemimpin PAS dan banyak lagi gambar-gambar lain boleh menunjukkan beliau ada
kaitan dengan PAS.
Mengenai Himpunan Guling Kerajaan pula, walaupun dalangnya
masih sembunyi tangan, mereka ini lambat laun akan muncul jika himpunan itu
jadi kenyataan.
Sindrom penafian ini sudah jadi darah daging pemimpin
pembangkang tetapi bangkai gajah mustahil boleh dituutp dengan nyiru.
Manakala polis pula, dengan pimpinan baru termasuk
menterinya perlu berbuat sesuatu terhadap lebih 400 aduan yang sudah dibuat di
seluruh negara oleh pihak yang menentang perhimpunan haram itu.
Cukup-cukuplah pihak berkuasa berlembut dan tidak guna gubal
undang-undang jika mereka yang jadi dalang bebas merancang perbuatan yang boleh
menyukar rutin harian warga kota dan mereka yang mahu menyambut tahun baru
dengan aman di Dataran Merdeka.