PAS SOKONG KENYATAAN
DR M
SHAH ALAM - Pas menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad
supaya kerajaan mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan tahap ekonomi
negara berbanding menaikkan harga barangan.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan
bekas Perdana Menteri itu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
“Ini yang sepatutnya. Cukup-cukuplah membebankan rakyat
dengan pelbagai kenaikan barangan.
“Saya akui harga barangan tidak akan konsisten pada satu
tahap (akan ada kenaikan) namun kerajaan juga harus pastikan kenaikan yang
berterusan perlu berlaku dari sudut pendapatan rakyatnya,” kata beliau.
Menurut beliau, penerokaan sumber-sumber baharu merupakan
alternatif terbaik dalam menjana ekonomi
negara, sekali gus menghalang kerajaan
untuk melaksanakan sebarang kenaikan.
"Langkah itu penting memandangkan Malaysia sedang
mengalami masalah dalam meningkatkan produktiviti khususnya dalam sektor
ekonomi.
“Syarikat gergasi tempatan seperti Petronas perlu
memperbanyakkan lagi penerokaan telaga-telaga minyak,” katanya.
No comments:
Post a Comment