PEMINJAM PTPTN KINI DISENARAIKAN DALAM RUJUKAN KREDIT PANGKALAN DATA
BANK NEGARA
KUALA LUMPUR: Bermula bulan ini, Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Bank Negara
untuk menyenaraikan peminjam PTPTN dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit
Berpusat (CCRIS).
Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri
Idris Jusoh, mereka yang belum lagi membuat pembayaran balik pinjaman dengan
PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman.
Bagaimanapun, beliau berkata ini bukan satu
perkara yang perlu dibimbangkan oleh para graduan.
"Sistem ini berkuatkuasa kepada mereka
yang enggan membuat pembayaran balik pinjaman mereka," kata Idris pada
sidang media selepas menghadiri jamuan Rumah Terbuka PTPTN di sini.
Beliau menambah mereka yang tidak dapat
membuat pembayaran balik pinjaman boleh mengadakan perbincangan dengan PTPTN
untuk mengemukakan satu jadual pembayaran balik yang baru.
Ini bagi membolehkan nama mereka tidak
disenaraikan dalam pangkalan data CCRIS.
Mereka yang berjaya membuat pembayaran balik
pinjaman mereka sekaligus sebelum 30 September ini akan menikmati diskaun
sebanyak 20 peratus. -mStar