Tujuh puluh
kerusi itu adalah kawasan di mana BN menang tipis atau kalah tipis lima tahun
yang lalu.
Kerusi-kerusi
itu juga menjadi tumpuan pembangkang dalam usahanya melebarkan sayap ke
Putrajaya.
PRU13
disebut-sebut akan diadakan akhir Mac ini. Mengikut Perlembagaan Persekutuan,
PRU13 peringkat persekutuan perlu diadakan menjelang akhir Jun ini.
“Jadi
calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi
totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.
“Sebab itu
calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti,
membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.
"Mereka
mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak
bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Menyifatkan
pertarungan PRU13 amat sengit saingannya, Abdul Aziz berkata, program
transformasi dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjaya
menyentuh hati rakyat secara keseluruhannya.
Meskipun
begitu katanya, cabaran besar tetap menanti BN dalam mengatur langkah di 70
kawasan kritikal yang menjadi penentu kemenangan besar parti itu di mana usaha
berlipat kali ganda perlu dilakukan supaya ia tidak terlepas ke tangan
pembangkang.
“Sasaran
yang menjadi rebutan, 70 kawasan Parlimen itu. Jadi gerak geri strategi Barisan
Nasional mesti tertumpu kepada penembusan 70 kawasan itu untuk menentukan
mereka menang di situ. Kerana memang benar, jika tidak ada gerak kerja, yang
benar-benar mantap, 70 kerusi
ini akan menjadi medan yang kabur yang boleh menyebelahi sana atau Barisan
Nasional.
“Jadi cara
yang benar-benar tepat ialah orang yang hendak menjadi calon di situ, mesti
tepat dan pada masa yang sama, program pembangunan di 70 kawasan ini mesti lebih mantap untuk
ditentukan oleh pihak kerajaan sedia ada sekarang ini,” ujar beliau.
Beliau juga
mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti
mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
Empat tahun
lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk
dalam sejarah BN.
Berdasarkan
statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala PKR (23), DAP (29), Pas (22)
dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan
Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.
Jangkaan
itu juga bermaksud, BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi
dimenangi empat tahun lalu.
Namun
Najib, selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012
buat kali pertama menyatakan keyakinan BN akan menang dengan majoriti dua
pertiga dalam PRU13 jika tiada unsur sabotaj. – Sinar Harian
KD: Persaingan paling sengit dalam PRU-13 nanti..