SHAH ALAM –
Pas menyifatkan janji projek besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi sebagai melengkapkan
kempen Barisan Nasional (BN).
Ahli
Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli berkata, Najib tidak perlu
berjanji untuk memajukan Kelantan kerana kesemua janji tersebut kerajaan negeri
sudah terlaksanakan.
“Kenapa
perlu berjanji ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)? Sedangkan
beliau boleh membantu kerajaan negeri untuk memajukan Kelantan.
“Tidak
perlu menabur janji kepada rakyat Kelantan agar dapat mengambil alih Kelantan
kerana projek yang dijanjikan ini kerajaan negeri telah lakukan dari dulu
lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib mengenai janji beliau bagi
memajukan Kelantan tidak lama lagi dan ia akan dimasukkan dalam manifesto BN
nanti.
Menurut
Mohd Hatta, timbunan janji tersebut dikatakan cubaan membeli jiwa rakyat
Kelantan supaya BN dapat menguasai negeri itu pada PRU 13.
“Najib
boleh buat (berjanji) kalau tidak berdendam dengan rakyat Kelantan.
“Saya pun
tidak menghalang jika Najib benar-benar ikhlas,” katanya. - Sinar Harian
KD: Asalkan ‘Janji Ditepati’, apa salahnya..
No comments:
Post a Comment