KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyambut baik tujuh projek besar yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bakal dilaksanakan sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusi
Jawatankuasa Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Datuk Md Anizam
Abd Rahman berkata, tawaran yang diumumkan itu semangnya menjadi tugas dan
tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya,
kemudahan yang dijanjikan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) itu untuk
memajukan Kelantan sebagaimana yang dilaungkan kelmarin sudah berada dalam skop
tanggungjawab mereka.
Dalam pada
itu, Md Anizam berkata, kerajaan negeri memang memahami masalah kesesakan lalu
lintas yang berlaku terutamanya ketika musim perayaan dan perkara tersebut
sudah diketahui sejak sekian lama lagi.
“Setelah
pembinaan lebuh raya seperti yang dimahukan sebelum ini tidak dibuat, walaupun
terpaksa Kerajaan Kelantan dalam serba kekurangan membina lebuh raya (Kuala
Krai-Kota Bharu),” katanya. – Sinar Harian
KD: Semoga apa yang ditunggu-tunggu rakyat Kelantan selama
ini, menjadi nyata.
No comments:
Post a Comment