KUALA
LUMPUR 27 Feb. - Beberapa blog hari ini mempersoalkan beberapa simbol yang
diletakkan pada muka depan buku manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan
semasa konvensyen yang diadakan di Shah Alam, Isnin lalu.
Simbol-simbol
pada muka hadapan manifesto pembangkang mencetuskan persoalan.
|
Simbol-simbol
tersebut didapati merujuk kepada pluralisme dan kebebasan dalam beragama yang
diperjuang oleh pakatan di negara ini.
Menurut
blog AIDC (www.anwaraidc.com), terdapat 41 lambang yang disusun pada muka depan
buku berkenaan meliputi simbol gereja, orang menadah tangan berdoa dan simbol
tapak tangan.
Selain
simbol tapak tangan yang diulangi dua kali, terdapat satu simbol salib yang
merupakan simbol agama Kristian.
"Tidak
terdapat simbol masjid atau kubah yang boleh dikenal pasti sebagai simbol
Islam, namun terdapat dua simbol orang sedang menadah tangan yang boleh
ditafsirkan sedang berdoa iaitu amalan yang biasa dilakukan oleh penganut agama
samawi, termasuk Islam dan Kristian," kata blog itu hari ini.
Selain
AIDC, isu sama turut dipersoal oleh blog-blog Nasionalis1982, The Flying Kick,
Mymassa dan Alami Jiwa Paradox. -Utusan Online