HIMPUNAN 31 DISEMBER
TETAP DITERUSKAN - TURUN
SHAH ALAM - Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun),
Muhamad Azan Safar berkata, siasatan polis yang dilakukan ke atas beliau tidak
sesekali menghalang dirinya untuk meneruskan kempen ‘2014 Tahun Sengsara
Rakyat’ melalui perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka pada malam 31
Disember ini.
Jelas Azan, walau apa pun yang terjadi, beliau akan tetap
meneruskan perjuangan tersebut bagi memastikan
nasib rakyat terbela dek kerana kos sara hidup yang semakin menghimpit
rakyat kini.
“…sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa segala apa yang
terjadi ini tidak akan memberhentikan saya dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup
(Turun) untuk terus memperjuangan nasib rakyat yang terbeban dengan kos sara
hidup kini.
“Kempen ‘2014 Tahun Sengsara Rakyat’ akan terus berjalan dan
Himpunan amarah Rakyat di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 ini akan
diteruskan.
Mengulas perkara yang sama Azan menegaskan bahawa gerakan
tersebut sama sekali tidak terlibat di dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan.
“…saya menegaskan bahawa Turun sama sekali tidak terlibat di
dalam agenda Himpunan Guling Kerajaan dan Turun sentiasa menghormati sistem
demokrasi berparlimen di negara kita,” katanya menerusi kenyataan medianya.
Sumber: Sinar Harian