Showing posts with label Turun. Show all posts
Showing posts with label Turun. Show all posts

Monday, December 30, 2013

TURUN JAMIN HIMPUNAN AMAN

SHAH ALAM - Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) memberi jaminan perhimpunan yang akan diadakan malam esok bakal berlangsung aman.

Pengerusinya, Muhamad Azan Safar berkata, himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

“Peserta himpunan juga diseru untuk membawa bendera Malaysia tanda patriotik dan cinta kita kepada negara selain memakai pakaian tema yang berwarna hitam,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, peserta dilarang membawa poster atau sepanduk yang mengandungi unsur provokasi dan ancaman.

Menurut beliau lagi, mana-mana ahli  politik yang ingin turut serta diminta tidak membawa ideologi politik dalam perhimpunan itu.

“Himpunan ini adalah himpunan rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat.

“Mana-mana kumpulan termasuk ahli politik sewajarnya turun sebagai rakyat tanpa bendera yang melambangkan parti masing-masing,” katanya.

Menurut Azan, waktu berkumpul adalah pada jam 9 malam dan peserta dijangka bersurai secara aman setelah meraikan tahun baharu 2014.

Sumber: Sinar Harian

PENIAGA HARAP PERHIMPUNAN ‘TURUN’ BATAL SUPAYA PENDAPATAN TIDAK TERJEJAS
KUALA LUMPUR: Golongan peniaga sekitar ibu kota berharap sambutan ambang tahun baharu Selasa ini, tidak dicemari perhimpunan yang dikatakan untuk menggulingkan kerajaan kerana akan menjejaskan pendapatan mereka.

Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Dataran Merdeka di sini pada Ahad mendapati para peniaga di sekitar kawasan itu amat berharap hari terakhir 2013 akan membawa pulangan berganda kepada mereka memandangkan orang ramai akan tertumpu di ibu kota bagi mengikuti pelbagaiaktiviti anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengurus Persatuan Perniaga dan Penjaja Lorong TAR Mahdir Jaafar, 57, berkata perhimpunan itu tidak wajar diadakan kerana kerajaan sedia ada telah dipilih rakyat berdasarkan suara majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

"Jika ada rasa tidak puas hati atau sebagainya, ada cara yang tepat untukmeluahkannya, bukan melalui perhimpunan yang boleh menjejaskan periuk nasi oranglain," katanya.

Perhimpunan itu, yang didakwa akan diadakan pada Selasa malam di DataranMerdeka oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman sosial Facebook danTwitter, menimbulkan rasa kurang senang kepada pengurus sebuah hotel di situ.

Pengurus Besar Swiss Hotel Roy Marshall, 34, berkata beliau berharap perhimpunan itu tidak akan diteruskan memandangkan hotel beroperasi 24 jam dan berada hampir dengan Dataran Merdeka.

"Jika mereka bertegas untuk berhimpun, penganjur perlu pastikan ia berlangsung dalam keadaan aman. Perhimpunan akan tetap menyukarkan pengunjung dan pekerja untuk datang ke hotel kerana bas dan teksi tidak boleh melalui jalan ini.

"Tetapi, jika berlaku kekecohan seperti perhimpunan Bersih 2.0 (pada 9 Julai2007), pintu kaca hotel pecah dan lif rosak kerana terlampau ramai yang merempuhmasuk, kononnya untuk berlindung," katanya.

Beliau berkata sekeping pintu kaca hotel memerlukan RM5,000 untuk diperbaikidan pada perhimpunan itu, dua pintu kaca didapati rosak.

Sementara itu, pekerja kedai runcit Namneet Singh, 25, berkata dia masih ingat kejadian perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 apabila terpaksa berkurung di dalam kedai selama enam jam.

"Walaupun tidak ada kekerasan berlaku, saya takut untuk keluar. Hanya dudukdiam di dalam (kedai). Nasib baik kedai runcit, jadi boleh makan makanan ringandan tidak lapar sangat dalam tempoh itu," katanya.

Namneet, yang telah tujuh tahun bekerja di situ, berkata dia juga masih trauma dengan pengalaman 'disimbah' gas pemedih mata semasa dalam perjalanan ke kedai pada perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya harap mereka yang tidak terlibat dengan perhimpunan itu nanti tidak mengalami nasib seperti itu. Kami berada di sini hanya cari makan," katanya.

Bagi Sheikh Shafqat Ali, 52, dia sedih jika perhimpunan itu diteruskan kerana baru sahaja berpindah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sebulan lalu, selepas mendapati kawasan itu sesuai untuk berniaga kain dan tudung.

Peniaga itu, yang sebelum ini berniaga di Sentul dekat sini, berkatakedainya masih dalam proses pengubahsuaian dan berharap waktu perniagaan bolehberjalan seperti biasa Selasa ini bagi memastikan kerja-kerja pengubahsuaiandapat diteruskan.

"Sekarang ini, saya masih tidak tahu sama ada perlu atau tidak untukpendekkan waktu perniagaan.

"Susah macam ini. Berniaga macam kami ini bermaksud setiap hari adalah 'income'. Jika tutup macam mana? Apatah lagi esoknya (1 Jan 2014) adalah cuti umum, jadi pelanggan lebih ramai," katanya.

Sumber –BERNAMA, mStar

Friday, December 27, 2013

HIMPUNAN TURUN ADA KAITAN DENGAN PAS
 
PAS dan PKR mendakwa kononnya parti itu tidak terbabit dalam pengajuran perhimpunan haram yang dirancang di ibu negara, 31 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menjelaskan, mereka akan menggunakan cara demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan bukannya melalui perhimpunan guling kerajaan yang dirancang pihak tertentu di Dataran Merdeka pada malam tahun baru ini.

Manakala, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, rancangan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di tempat dan masa sama juga tiada kaitan dengan parti itu dan pakatan rakyat.

Cuma kata ahli Parlimen Pandan itu, tidak salah untuk rakyat termasuk pemimpin pakatan berkenaan menyertai perhimpunan yang dirancang terebut.

“Saya sokong… itu hak mereka dan ia perkara wajar,” katanya dalam sidang media, Khamis.

Malah katanya, bukan suatu kesalahan juga untuknya dan pemimpin pembangkang lain menyertai perhimpunan yang sama.

“Kalau ada masa, saya juga akan turut serta dan kami tidak melihat perhimpunan berkenaan sebagai suatu program atau rancangan politik,” katanya.

Seperti biasa, DAP hanya berdiam diri dan jarang menonjol dalam apa juga perhimpunan sebelum ini termasuk siri himpunan Bersih.

Selalunya, pemimpin PAS dan PKR lebih kehadapan dalam rancangan yang berselindung disebalik NGO tertentu.

Jika benar seperti kata Mat Sabu dan Rafizi, bahawa parti itu dan pakatan pembangkang tidak terlibat ianya sesuatu yang bagus.

Elok juga mereka atau pakatan rakyat keluarkan kenyataan bersama mengenai pendirian PAS, PKR dan DAP berhubung dua perhimpunan itu termasuk yang menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.

Mat Sabu juga kena nafikan bahawa Azan Safar yang mengetuai rancangan TURUN tiada kaitan dengan PAS.

Beliau kena jelaskan kenapa Azan yang sudah ditahan polis sebelum ini kerap berada dalam majlis-majlis anjuran PAS.

Bnbbc.my pada Khamis sudah menyiarkan gambar Azan bersama pemimpin PAS dan banyak lagi gambar-gambar lain boleh menunjukkan beliau ada kaitan dengan PAS.

Mengenai Himpunan Guling Kerajaan pula, walaupun dalangnya masih sembunyi tangan, mereka ini lambat laun akan muncul jika himpunan itu jadi kenyataan.

Sindrom penafian ini sudah jadi darah daging pemimpin pembangkang tetapi bangkai gajah mustahil boleh dituutp dengan nyiru.

Manakala polis pula, dengan pimpinan baru termasuk menterinya perlu berbuat sesuatu terhadap lebih 400 aduan yang sudah dibuat di seluruh negara oleh pihak yang menentang perhimpunan haram itu.

Cukup-cukuplah pihak berkuasa berlembut dan tidak guna gubal undang-undang jika mereka yang jadi dalang bebas merancang perbuatan yang boleh menyukar rutin harian warga kota dan mereka yang mahu menyambut tahun baru dengan aman di Dataran Merdeka. 

Sumber: http://www.bnbbc.my/

Thursday, December 26, 2013

HIMPUNAN TURUN: DATARAN MERDEKA BUKAN TEMPAT ‘GULING KERAJAAN’

SHAH ALAM - Susulan dakwaan yang mengatakan satu himpunan menggulingkan kerajaan akan diadakan ibu kota pada hujung bulan ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menegaskan, Dataran Merdeka bukan tempat untuk mengadakan himpunan tersebut.

Memetik laporan, The Malaysia Insider, Ahmad Phesal berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

"Dataran Merdeka hanya digunakan untuk acaran sambutan tahun baru dan beberapa program hiburan yang kita sudah aturkan.

“Ini bermakna dari segi penggunaan, seperti apa yang saya katakan, hanya untuk sambutan tahun baru dan tiada acara lain seperti didakwa,” katanya.

Sebelum ini, sekumpulan mahasiswa di bawah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) telah mengumumkan perhimpunan pada malam ambang tahun baru di Dataran Merdeka untuk membantah siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang disebarkan melalui media sosial.
Sehubungan itu, seorang pemimpin pelajar telah ditahan di Kuala Lumpur untuk disiasat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, berhubung perhimpunan itu.


Sumber: Sinar Harian