HIMPUNAN TURUN: DATARAN
MERDEKA BUKAN TEMPAT ‘GULING KERAJAAN’
SHAH ALAM - Susulan dakwaan yang mengatakan satu himpunan
menggulingkan kerajaan akan diadakan ibu kota pada hujung bulan ini, Datuk
Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menegaskan, Dataran Merdeka
bukan tempat untuk mengadakan himpunan tersebut.
Memetik laporan, The Malaysia Insider, Ahmad Phesal berkata,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada
mana-mana pihak untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
"Dataran Merdeka hanya digunakan untuk acaran sambutan
tahun baru dan beberapa program hiburan yang kita sudah aturkan.
“Ini bermakna dari segi penggunaan, seperti apa yang saya
katakan, hanya untuk sambutan tahun baru dan tiada acara lain seperti didakwa,”
katanya.
Sebelum ini, sekumpulan mahasiswa di bawah Gerakan Turun Kos
Sara Hidup (Turun) telah mengumumkan perhimpunan pada malam ambang tahun baru
di Dataran Merdeka untuk membantah siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan
yang disebarkan melalui media sosial.
Sehubungan itu, seorang pemimpin pelajar telah ditahan di
Kuala Lumpur untuk disiasat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,
berhubung perhimpunan itu.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment