TPP BAWA MANFAAT
BESAR KEPADA MALAYSIA - PAKAR
NEW YORK - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang
dirundingkan oleh beberapa negara anggota Asean, akan meningkatkan perdagangan,
pelaburan dan akses pasaran ke Malaysia.
Naib Presiden (Dasar) Majlis Perniagaan US-Asean yang
berpusat di Washington (USABC), Marc Mealy berkata negara anggota Asean,
termasuk Malaysia, akan memperoleh manfaat menyertai TPPA.
Mealy, pakar dalam US-Asean dan perdagangan dan pelaburan
US-Asean, merupakan anggota delegasi USABC ke Malaysia pada minggu ketiga
November.
Beliau berkata, delegasi berkenaan memberi penerangan
mengenai perspektif syarikat multinasional Amerika mengenai TPPA selain
mengenai reformasi dasar dan pelaburan Program Transformasi Ekonomi generasi
akan datang bagi meningkatkan daya saing global Malaysia.
"Delegasi itu juga bertukar-tukar pandangan dengan
pegawai kerajaan Malaysia mengenai sektor keutamaan yang boleh ditumpukan oleh
Malaysia apabila mengambil alih jawatan Pengerusi Asean pada 2015 dalam
merealisasikan Komuniti Ekonomi Asean," katanya dalam temu bual dengan
Bernama.
Anggota delegasi bertemu
beberapa pegawai kanan serta ahli politik, termasuk Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.
Mealy berkata, walaupun perbezaan yang wujud masih
dirundingkan dalam TPPA, pemegang kepentingan awam dan swasta menyuarakan
dengan jelas mengenai peluang-peluang perdagangan dan pengembangan pelaburan
yang boleh ditawarkan oleh TPPA kepada syarikat kecil dan besar Malaysia.
"Kami percaya TPPA akan membawa manfaat besar kepada Malaysia dan bersedia untuk
menyokong Najib dalam usahanya untuk menjayakan penyertaan Malaysia.
"Malaysia seperti tiga negara Asean lain (Brunei,
Singapura dan Vietnam) dalam TPPA, berpeluang mencorakkan peraturan perdagangan
global dalam industri pertumbuhan tinggi baharu dan memperoleh akses pasaran
yang lebih besar untuk membantu mencorakkan peraturan perdagangan dunia yang
baharu dan memperoleh akses pasaran yang lebih besar ke 11 lagi ekonomi dengan
gabungan 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia," katanya.
Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam memuktamadkan TPPA
adalah satu lagi peluang untuk menyediakan persekitaran dasar domestik sebagai
peneraju dunia dalam industri teknologi generasi akan datang seperi perdagangan
elektronik dan analisis data besar.
"Peluang terbesar dalam mengembangkan aliran
perdagangan dua hala dimuatkan dalam rundingan TPPA, jika kedua-dua negara
bersetuju untuk meliberalisasikan pasaran domestik mereka dalam bidang di mana
komuniti perniagaan lain mempunyai kapasiti untuk bersaing," katanya.
Mealy berkata, 2014 akan menjadi tahun yang menarik, berdasarkan pengumuman bahawa
Presiden Obama akan melawat Asean dan kemungkinan Malaysia, pada April 2014.
Presiden Amerika Syarikat juga mungkin menghadiri sidang
kemuncak Asean-US yang pertama kali berlangsung di Myanmar, pada November,
katanya.
Beliau berkata, perbadanan Amerika memandangkan positif ke
atas Malaysia dan menganggapnya sebagai lokasi yang baik untuk menjalankan
perniagaan. - Bernama
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment