KUALA BESUT TALIAN HAYAT PAS TERENGGANU
SHAH ALAM -
Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman
Mokhtar dilihat memberi talian hayat
kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.
Pensyarah
Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata,
Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon
diletakkan nanti.
Katanya, Pas
perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan
pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.
“Pergolakan
dalam Umno juga mampu beri kelebihan kepada Pas.
"Kita
lihat pergolakan ini antara penyebab pada pilihan raya lalu Pas mampu menawan
banyak kerusi hingga menyebabkan kedudukan Umno terancam,” katanya.
Selain itu,
katanya, sikap pengundi Terengganu yang sering menukar sokongan juga dilihat
akan memberi kelebihan kepada Pas dan perkara ini terbukti pada pilihan raya
lalu.