REBAT TOL / TOUCH 'N GO MANSUH
2014?
SHAH ALAM – Rebat 20 peratus yang diberi kepada pengguna
Touch ‘n Go dan SmartTag akan berakhir hujung tahun ini, demikian menurut
sebahagian pegawai khidmat pelanggan kaunter Touch ‘n Go dan SmartTag di
pejabat operasi tol.
Tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat operasi sekitar
Lembah Klang mendapati, rata-rata petugas di situ menyatakan perkara sama.
"Saya ada dengar ura-ura untuk menamatkan tawaran rebat
ini. Tapi, ia bukanlah maklumat daripada pengurusan, tetapi daripada sumber
lain yang saya tahu.
"Setakat ini, tidak ada lagi berita mengenai perkara
ini sampai ke pengetahuan petugas kaunter, cuma saya tahu kerajaan tidak akan
menyambungnya lagi," kata seorang pegawai, semalam.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment