PENIAGA HARAP
PERHIMPUNAN ‘TURUN’ BATAL SUPAYA PENDAPATAN TIDAK TERJEJAS
KUALA LUMPUR: Golongan peniaga sekitar ibu kota berharap
sambutan ambang tahun baharu Selasa ini, tidak dicemari perhimpunan yang
dikatakan untuk menggulingkan kerajaan kerana akan menjejaskan pendapatan
mereka.
Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)
dan Dataran Merdeka di sini pada Ahad mendapati para peniaga di sekitar kawasan
itu amat berharap hari terakhir 2013 akan membawa pulangan berganda kepada
mereka memandangkan orang ramai akan tertumpu di ibu kota bagi mengikuti pelbagaiaktiviti
anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pengurus Persatuan Perniaga dan Penjaja Lorong TAR Mahdir
Jaafar, 57, berkata perhimpunan itu tidak wajar diadakan kerana kerajaan sedia
ada telah dipilih rakyat berdasarkan suara majoriti pada Pilihan Raya Umum
ke-13 pada 5 Mei lalu.
"Jika ada rasa tidak puas hati atau sebagainya, ada
cara yang tepat untukmeluahkannya, bukan melalui perhimpunan yang boleh
menjejaskan periuk nasi oranglain," katanya.
Perhimpunan itu, yang didakwa akan diadakan pada Selasa
malam di DataranMerdeka oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman
sosial Facebook danTwitter, menimbulkan rasa kurang senang kepada pengurus
sebuah hotel di situ.
Pengurus Besar Swiss Hotel Roy Marshall, 34, berkata beliau
berharap perhimpunan itu tidak akan diteruskan memandangkan hotel beroperasi 24
jam dan berada hampir dengan Dataran Merdeka.
"Jika mereka bertegas untuk berhimpun, penganjur perlu
pastikan ia berlangsung dalam keadaan aman. Perhimpunan akan tetap menyukarkan
pengunjung dan pekerja untuk datang ke hotel kerana bas dan teksi tidak boleh
melalui jalan ini.
"Tetapi, jika berlaku kekecohan seperti perhimpunan
Bersih 2.0 (pada 9 Julai2007), pintu kaca hotel pecah dan lif rosak kerana
terlampau ramai yang merempuhmasuk, kononnya untuk berlindung," katanya.
Beliau berkata sekeping pintu kaca hotel memerlukan RM5,000
untuk diperbaikidan pada perhimpunan itu, dua pintu kaca didapati rosak.
Sementara itu, pekerja kedai runcit Namneet Singh, 25,
berkata dia masih ingat kejadian perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012
apabila terpaksa berkurung di dalam kedai selama enam jam.
"Walaupun tidak ada kekerasan berlaku, saya takut untuk
keluar. Hanya dudukdiam di dalam (kedai). Nasib baik kedai runcit, jadi boleh
makan makanan ringandan tidak lapar sangat dalam tempoh itu," katanya.
Namneet, yang telah tujuh tahun bekerja di situ, berkata dia
juga masih trauma dengan pengalaman 'disimbah' gas pemedih mata semasa dalam
perjalanan ke kedai pada perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya harap mereka yang tidak terlibat dengan
perhimpunan itu nanti tidak mengalami nasib seperti itu. Kami berada di sini
hanya cari makan," katanya.
Bagi Sheikh Shafqat Ali, 52, dia sedih jika perhimpunan itu
diteruskan kerana baru sahaja berpindah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sebulan
lalu, selepas mendapati kawasan itu sesuai untuk berniaga kain dan tudung.
Peniaga itu, yang sebelum ini berniaga di Sentul dekat sini,
berkatakedainya masih dalam proses pengubahsuaian dan berharap waktu perniagaan
bolehberjalan seperti biasa Selasa ini bagi memastikan kerja-kerja
pengubahsuaiandapat diteruskan.
"Sekarang ini, saya masih tidak tahu sama ada perlu
atau tidak untukpendekkan waktu perniagaan.
"Susah macam ini. Berniaga macam kami ini bermaksud
setiap hari adalah 'income'. Jika tutup macam mana? Apatah lagi esoknya (1 Jan
2014) adalah cuti umum, jadi pelanggan lebih ramai," katanya.
Sumber –BERNAMA, mStar
No comments:
Post a Comment