PETALING JAYA: Kenaikan harga dalam banyak perkara
mengakibatkan masalah besar kepada premis makanan yang mungkin akan menaikkan harga
mereka.
Terbaru apabila terdapat pengumuman kenaikan harga daripada
pembuat ais.
Jika kedai-kedai makan mahu menaikkan harga minuman, maka
mereka kini mungkin menemui alasan yang terbaik.
Sejak Rabu lalu, harga satu blok 50 kilogram (kg) ais akan dinaikkan
sebanyak RM2.50, manakala kos bagi 10kg tiub ais akan menigkat kos 50 sen lagi.
Bergantung kepada lokasi, satu blok 50kg kini dijual pada
kira-kira RM10, manakala beg ais tiub boleh didapati pada harga sekitar RM3.
Perkara ini berikutan satu pengumuman oleh Tube Ice
Manufacturers Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada Selasa.
Seramai 26 anggota persatuan itu termasuk Atlas Edible Ice
Sdn Bhd, merupakan pembekal utama di kebanyakan negeri.
Penjual makanan telah pun mengalami penarikan balik subsidi
gula dan kenaikan kos pengangkutan yang dibawa oleh subsidi bahan api yang
lebih rendah.
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Datuk R.
Ramalingam Pillai berkata, pembekal ais mahu meningkatkan harga ais ke seluruh
negara kerana kebanyakan mereka merupakan adalah untuk kesemua tempat dan ini
bermakna keuntungan restoran akan meningkat.
Presiden Persatuan Penjaja Pulau Pinang, Ooi Thean Huat
berkata, ahli-ahlinya tidak lagi dapat menampung kesemua kenaikan harga.
"Tetapi jika kita menaikkan harga, ia akan menjadi
peningkatan yang kecil," kata Ooi.
Pengerusi Perniagaan Kecil-Kecilan Johor Bahru, Chin Yoke
Weng berkata, anggota persatuan akan mengekalkan harga minuman walaupun
kenaikan harga ais tetapi Timbalan Presiden Pengguna Bumiputera Johor, Norizan
Tarmeze berkata, beliau menjangkakan banyak restoran akan menaikkan harga
minuman.
Di Pulau Pinang, Pengerusi Persatuan Koo Soo Kwong Choon
Tong Restaurant dan Tea-House , Vinah Yee Yook Chee berkata, pembekal telah
memaklumkan kepada persatuan itu peningkatan yang akan berlaku.
"Mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak mempunyai
pilihan tetapi perlu menaikkan harga disebabkan kenaikan harga elektrik dan
bahan api. Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana pembekal perlu
berniaga juga bagi mendapatkan keuntungan," katanya.
Sumber: mStar
No comments:
Post a Comment