HIMPUNAN JALANAN
HANYA BUANG MASA & TENAGA
KEMAMAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di
jalanan pada malam 31 Disember ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta
membuang masa dan tenaga.
Beliau berkata negara mempunyai sistem iaitu Parlimen untuk
menyatakan ketidakpuasan kepada kerajaan selain melalui media massa kerana
kerajaan bersedia mendengar dan memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.
"Saya rasa yang pergi itu (sertai perhimpunan) akan
membuang tenaga...kita ada sistem Parlimen, mereka boleh bersuara dalam
Parlimen, dalam media massa dan sebagainya, kerajaan sedia mendengar, kita akan
sesuaikan (keperluan orang ramai)...kita jelaskan," katanya kepada
pemberita selepas program bantuan sekolah kepada mangsa banjir di Kemaman di
sini, Isnin.
Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu
digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana
ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.
Menurutnya, kerajaan kasihan kepada sesetengah rakyat yang
telah ditipu pembangkang sehingga sanggup berhimpun di jalanan dan kali ini
sekali lagi rakyat cuba ditipu semata-mata untuk mencapai cita-cita politik
mereka.
Himpunan guling kerajaan itu dirancang diadakan pada Selasa
malam di Dataran Merdeka di ibu negara oleh badan bukan kerajaan, disebarkan
melalui laman sosial Facebook dan Twitter.
Sumber: Bernama/mStar
No comments:
Post a Comment