POLIS TAWAU TERIMA 18
LAPORAN BANTAH 'HIMPUNAN GULING KERAJAAN'
TAWAU: Polis Tawau menerima 18 laporan berkaitan perhimpunan
yang dikatakan untuk mengguling kerajaan pada sambutan tahun baharu Selasa ini,
kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah.
Beliau memberitahu, lima
laporan terbaharu dibuat di Ibu Pejabat Polis Tawau pada Ahad oleh kira-kira
100 anggota Umno bahagian Kalabakan diketuai Naib Ketua bahagian Ismail Ayid
yang bimbang perhimpunan itu akan menimbulkan kejadian tidak diingini.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ismail berkata Umno
Kalabakan mengutuk sekeras-kerasnya cubaan mengheret rakyat ke jalanan untuk
menggulingkan kerajaan yang dipilih berdasarkan demokrasi dan mengikut
undang-undang serta perlembagaan negara.
"Tindakan tegas bukan sahaja perlu diambil ke atas
penganjur tetapi juga penulis blog serta laman sosial yang mempromosikan
himpunan haram tersebut," katanya.
Turut membuat laporan polis hari ini ialah Persatuan
Kebudayaan Suluk-Bajau Tawau Sabah yang diketuai Presidennya Datu Lukman Datu
Shabuddin, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Sabah diketuai Pengerusinya
Sardiansah Sende, Kelab Penyokong Barisan Nasional Tawau diketuai Ardi Arsah
dan Kelab Penyokong NajibRazak diketuai Azizul Tandek.
Sumber –BERNAMA, mStar
No comments:
Post a Comment