HIMPUNAN ESOK MAMPU
DIKAWAL - BEKAS IGP
SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai
hari ini melontarkan keyakinan rakyat akan bertindak secara rasional ketika
menghadiri perhimpunan yang dijadual esok malam.
Jelas beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pengaman
Malaysia, rakyat Malaysia lazimnya menghormati undang-undang selain kecekapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan himpunan seperti itu sebelum ini.
"Saya yakin situasi esok tidaklah seburuk yang
digembar-gemburkan.
"... keyakinan saya disandarkan ke atas dua sebab iaitu
PDRM boleh kendalikan sebarang situasi yang timbul ketika perhimpunan tersebut.
"Serta yakin dengan masyarakat Malaysia yang sentiasa
berfikiran rasional dalam bertindak," katanya dalam satu sidang media khas
di Pejabat Yayasan Pengaman Malaysia hari ini.
Menggulas lanjut, beliau turut mengingatkan anggota PDRM
supaya mengambil langkah berwaspada agar
tidak timbul sebarang perkara yang tidak diingini.
"Anggota PDRM perlulah sentiasa mengambil langkah
berwaspada. Agar tiada sebarang kekecohan yang berlaku," katanya.
NGO Turun Kos Sara Hidup dan tiga yang lain merancang untuk
mengadakan perhimpunan bagi membantah kenaikan kos di Dataran Merdeka yang
menjadi salah satu lokasi utama sambutan tahun baru malam esok.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment