ORANG RAMAI DINASIHAT
PATUHI ARAHAN JIKA BERLAKU GELOMBANG KEDUA BANJIR – POLIS KUANTAN
KUANTAN: Polis meminta orang ramai bersedia dan mengikuti
semua arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku gelombang kedua banjir di Pahang
yang dijangka bermula Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata,
sebanyak 67 buah pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan yang boleh memuatkan
20,415 orang telah disediakan untuk mangsa banjir.
Katanya, tujuh mukim terlibat iaitu di Kuala Kuantan 1
sebanyak 11 pusat pemindahan, Kuala Kuantan 2 (21 pusat pemindahan), Ulu
Kuantan (12), Beserah (dua), Sungai Karang (lapan), Penor (lapan) dan Ulu Lepar
(lima).
"Selain itu, beberapa kawasan letak kenderaan turut
dicadangkan bagi mangsa-mangsa banjir mengikut kawasan kediaman
masing-masing," katanya.
Beliau berkata, kawasan yang dicadangkan bagi penduduk
Permatang Badak, Sungai Isap 1, Sungai Isap Jaya, Taman Guru, Taman Sepakat dan
Taman Kurnia ialah di tanah lapang bersebelahan pasaraya Giant, di tepi padang
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat Kemunting dan di sepanjang laluan dari
TanahPutih menghala ke persimpangan lampu isyarat Permatang Badak.
"Bagi penduduk di sekitar Taman Guru, Gudang Rasau dan
perumahan Batu 6 boleh meletak kenderaan di laluan masuk ke SMK Gudang Rasau
dan di sepanjang kiri kanan jalan Gambang menghala ke Taman Tas.
"Penduduk di sekitar Bukit Rangin dan Kuantan ByPass
boleh meletak kenderaan masing-masing di laluan Kuantan-ByPass dari arah Bukit
Rangin menghala ke Kolej Shahputra dan di tanah lapang berhadapan stesen minyak
Shell Jalan Kuantan-ByPass.
"Sementara penduduk di sekitar Perkampungan
Cenderawasih dan Kampung Tengahpula mereka boleh meletak kenderaan di kawasan
perindustrian Indera Mahkota 3,"katanya.
Sumber –BERNAMA, mStar
No comments:
Post a Comment