KEKAL HARGA MINUMAN
WALAU CAJ AIS NAIK
KUALA LUMPUR: Peniaga kedai makanan dan minuman tidak wajar
menaikkan harga jualan walaupun harga ais dinaikkan 50 sen setiap pek mulai
Rabu ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia
(PRIMAS), Datuk R Ramalingam Pillai, berkata ia kerana kenaikan masih rendah
dan tidak memberi kesan ketara terhadap kos mereka.
Katanya, walaupun kos
meningkat sedikit dan mengurangkan keuntungan, ia tidak sepatutnya dipindahkan
kepada orang ramai.
“Kebiasaannya, pengusaha restoran sederhana hanya menggunakan
lima hingga 10 pek ais sehari dan perubahan kos maksimum yang mereka tanggung
sebanyak RM5 (bagi 10 pek ais) atau kira-kira RM150 sebulan.
Akur kenaikan
“Bagi restoran 24 jam pula, penggunaan ais adalah 10 hingga
20 pek sehari dan perubahan kos ditanggung RM10 (bagi 20 pek ais) atau RM300
sebulan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai kenaikan harga ais
bermula Rabu ini yang didakwa bakal menambah beban rakyat menjelang 2014.
Ramalingam berkata, peniaga seharusnya akur dengan kenaikan
yang tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan kadar tarif elektrik bermula 1
Januari dan kenaikan diesel sejak 2 September tahun ini.
“Kenaikan harga ais juga disebabkan pelaksanaan dasar gaji
minimum mulai Januari tahun ini serta kenaikan harga beg plastik, tayar dan
alat ganti. Peniaga tidak seharusnya panik tetapi perlu memandangnya dari sudut
positif,” katanya.
Kenaikan turut dikatakan berpunca daripada pihak
penguatkuasaan Kementerian Kesihatan yang menuntut semua pengeluar ais dan
pengendalinya mematuhi prosedur keselamatan di bawah Akta Makanan.
Sumber: Bernama/Berita Harian
No comments:
Post a Comment