31 DISEMBER HARI
TERAKHIR TEBUS REBAT TOUCH N GO
SHAH ALAM – Pengguna Touch n Go diingatkan untuk menebus
rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan lebuh raya esok (31 Disember), iaitu
hari terakhir tahun 2013.
Sinar Harian difahamkan, mulai 1 Januari 2014, pemberian
rebat tersebut akan dimansuhkan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, syarikat pengendali
sistem pembayaran elektronik, Touch n Go Sdn Bhd tidak mempunyai kuasa untuk
menentukan sama ada tawaran rebat sebanyak 20 peratus bagi pengguna lebuh raya
diterus atau dimansuhkan.
Menurut sumber, semua keputusan hanya akan diputuskan
kerajaan dan Touch n Go tidak menerima
sebarang arahan berhubung perkara itu.
Katanya, jika kerajaan mengambil langkah untuk memansuhkan
rebat tersebut, ia boleh dilakukan terus tanpa notis.
“Memandangkan ini adalah hadiah daripada kerajaan kepada
rakyat, jadi itu hak mereka untuk terus atau sebaliknya.
“Pengurusan Touch n Go tidak berhak memberi sebarang
kenyataan berhubung hal ini,” katanya.
Rebat Touch n Go termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari
sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment