PENJAWAT AWAM MANGSA
BANJIR BOLEH TUNTUT INSURANS
KUALA LUMPUR: Mangsa banjir penjawat awam yang mempunyai
akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan boleh membuat tuntutan insurans, kata
Datuk Seri Najib Razak.
“Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi
@MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tuntutan insurans,” kata Perdana
Menteri dalam Twitter semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian bagi
mengulas pautan twitter BERNAMA bertajuk ‘Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka
Tuntutan Insurans Bencana Alam’.
Tuntutan daripada
panel
BERNAMA memetik makluman Kementerian Kewangan, iaitu
penjawat awam mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang mempunyai
akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihati mengemukakan tuntutan
insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.
Tuntutan insurans meliputi kerosakan struktur bangunan
seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah
rumah ketika banjir.
Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat
insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan. Maklumat lanjut boleh
dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir
talian 03-8880 2121.
Sumber: Bernama/Berita Harian
No comments:
Post a Comment