Ketua Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal
Antarabangsanya, Prof Datuk Dr Mustafa Ishak berkata, syarat yang ditetapkan
iaitu sekurang-kurangnya pemegang kad perlu menggunakan kemudahan itu 80 kali
sebulan adalah terlalu tinggi.
“Bagi saya 80 kali itu terlalu tinggi dan mereka perlu
mengkaji satu kaedah yang lebih munasabah untuk semua pengguna.
“Rebat ini perlu diberikan kepada pemegang kad mengikut
kekerapan. Ini bermakna, siapa kerap gunakan kemudahan tersebut , mereka akan
dapat kadar rebat yang lebih tinggi,” katanya, semalam.
Menurutnya, kaedah seperti itu akan menjadi lebih adil di
mana ia juga dilihat mampu mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya.
“Jika kadar rebat itu ditetapkan untuk pemegang kad yang menggunakan kemudahan itu
80 kali sebulan, maka kaedah ini hanya akan dinikmati oleh sebahagian kecil
pengguna lebuh raya," katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment