PEMUDA UMNO TOLAK BN JADI PARTI
TUNGGAL
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno
menolak cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal yang
akan mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata,
sistem parti komponen dalam BN yang mewakili kaum tertentu dilihat masih
relevan dalam amalan politik di Malaysia.
"Masanya belum sesuai untuk BN
dijadikan parti tunggal.
"Pemuda Umno mahu komponen dalam
BN kekal sebagai parti yang mewakili bangsa masing-masing seperti sedia
ada," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco
Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Ini merupakan mesyuarat pertama Exco
Pemuda selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.
Cadangan menjadikan BN sebagai parti
tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN
bersifat sebagai satu parti.
Chang sebelum ini berkata usaha ke
arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi
muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.
Mengulas lanjut Khairy sebaliknya
mencadangkan supaya resolusi yang diluluskan Dewan Tertinggi BN sebelum ini
bagi membuka keahlian terus tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN
diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal.
-mStar
No comments:
Post a Comment