KUALA LUMPUR -
Seluruh rakyat khususnya orang Melayu digesa bangkit mempertahankan institusi
raja yang kini berdepan ancaman daripada kelompok tertentu terutama selepas
Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Apabila
raja diancam, umat Islam wajib berjihad mempertahankannya apatah lagi dalam
situasi di Malaysia," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk
'Islam dan Raja' pada Seminar Institusi Raja di sini hari ini.
Beliau yang
juga pensyarah kanan Jabatan Sejarah Universiti Malaya mengambil contoh apa
yang berlaku di Iran, Mesir dan Indonesia sebagai teladan tentang bagaimana
negara tersebut bertukar daripada sistem beraja ke republik. – BERNAMA/Utusan
Online
No comments:
Post a Comment