ISU HINA AGONG: GENERASI MUDA GAGAL KAWAL EMOSI, BAWA MUDARAT
SHAH ALAM –
Generasi muda kini mudah terbawa- bawa dengan emosi tanpa menyedari implikasi
di sebalik tindakan itu, kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya
Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling.
Menurut
beliau, gagal mengawal emosi menyebabkan golongan ini melontarkan pandangan di
laman sosial Facebook yang akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri.
“Mereka bukan
tidak faham sejarah bahawa institusi raja itu wajar dihormati dan tidak
sepatutnya dipertikaikan.
“Tetapi sikap
orang muda mudah melontarkan rasa emosi yang gagal dikawal, contohnya membantah
jika tidak suka kepada seseorang itu tanpa mengetahui implikasinya,” katanya .
Justeru itu,
beliau berkata undang-undang sedia ada memperuntukkan hukuman yang sewajarnya
kepada mereka yang bertindak menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk
kepentingan diri.
No comments:
Post a Comment